Dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI), cabaran kesihatan mental semakin kompleks khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar. Perkhidmatan kaunseling tradisional sering berdepan kekangan masa, ruang fizikal terhad dan stigma sosial. Inner Voice Support diwujudkan sebagai platform sokongan emosi dan e-kaunseling yang berlandaskan prinsip kerahsiaan, empati dan aksesibiliti di mana individu boleh berkongsi perasaan tanpa rasa dihakimi serta mengurus tekanan melalui ruang Mindful Lounge dan The Feeling Room.
Ramai remaja segan menghadiri sesi kaunseling secara bersemuka kerana bimbang dinilai.
Jadual harian yang padat menyukarkan sesi kaunseling secara bersemuka.
Emosi negatif seperti stres, cemas dan kemurungan memerlukan ruang selamat yang mudah diakses.
Teknologi dapat menjadi jambatan inovatif bagi meluaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Pengguna memilih perkhidmatan yang diperlukan.
Sesi sokongan dijalankan sama ada melalui teks interaktif, refleksi kendiri atau panduan emosi.
Pengguna memperoleh sokongan psikososial segera, refleksi diri dan strategi mengurus emosi yang berkesan.
Sokongan emosi boleh dicapai di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Mengurangkan stigma kerana bentuk digital lebih mesra untuk generasi muda.
"The Feeling Room" meningkatkan kesedaran kendiri dan kesejahteraan emosi.
Pengguna lebih konsisten melibatkan diri kerana mudah diakses dan privasi terjamin.
Diperluaskan ke sekolah dan IPG sebagai medium sokongan pelajar.
Menjadi pusat sokongan dalam talian yang menghubungkan pelajar dan kaunselor.
Pembangunan modul kendiri berbentuk refleksi digital & latihan minda sihat.
NUR ATHIRAH BINTI ABD MAJID
NURANIS FADHILAH BINTI MOHAMAD RAZLAN
PN NURULAINI BINTI MOSHIDI